PUSH
What Matters Most



comments 0
10 December, 2013
Saat Ku Dikafankan...

Assalamualaikum :)

Selamat makan malam. Dah makan? Hari ni rasanya agak interesting untuk disharekan. Macam feeling je tajuk kan? Macam comel je, macam cantik je -_-

Sebenarnya, satu minggu sebelum balik cuti, Legacy terlibat dengan satu kem yang dinamakan Kem Aroma Jiwa. Aceyh, romantik gituw. Spritual 4E Training

Pada petang Sabtu, terdapat satu slot di mana kami didedahkan kepada pengurusan jenazah. Banyaklah yang diceritakan oleh Abang Sufi. Fari first step sampailah pengebumian jenazah. 

Pertama-tamanya praktikal memandikan jenazah. Memang mandikan betul-betullah, Zaid yang jadi modelnya. Ish, aku rasa macam nak hempuk jaa kepala Zaid masa tu. Cubala duduk diam sikit masa hang nak mandi. Huisshh. Okay hahaha dah masuk tajuk lain okay diam.

Bila nak kafankan pun Abang Sufi tunjukkan praktikal. Ketua batch kesayangan kamilah yang jadi modelnya. Masa tu memang tumpukan sepenuh perhatian. 

Abang Sufi kata, benda-benda macam kita kena ambil tahu sebab kalau tiba masanya kita akan tahu menguruskan jenazah sesiapa terutamanya yang disayangi. Sayanglah, kalau tak tahu tak dapat nak rasa keberkatannya. Subhanallah.

Apabila tiba waktu praktikal mengkafankan jenazah bagi pihak perempuan, saya dengan yakinnya menawarkna diri untuk menjadi model. 'Bakal' jenazah ini hanya tunggu dan lihat sahaja kain, baju dan tudung untuk jenazah disediakan oleh orang lain. Selain itu, aku ada jugak tabuq air bunga mawar sebab wangi lah katakan. Merapusss.


Kemudian, tibalah 'jenazah' untuk dikafankan. Yang tak syoknya tersilap letak wangi-wangian dengan kapas kat tempat 'jenazah' nak baring. Habis baju eden kena, dahlah baju rumah. Takpa, demi mempelajari -.-'

Dalam proses

Ikat bahagian atas ><

Actually, pada saat ini, saya mengaku, berdebar-debar, takut, sebak pun ada. Namun orang-orang disekeliling tetap ceria. :')

Siap

Malam itu, salah seorang faci telah memanggil saya *rasa cam popular lak* untuk memberikan sedikit pendapat tentang bendakafan-kafan ni. Wakil budak laki, Pak Lang. Okay, takdak kena mengena dengan dia pun. :P

Apakah perasaan anda jika anda betul-betul berada di tempat jenazah tersebut sewaktu dikafankan?

Saya rasa . . . 
Gembira. Kerana walaupun saya tidak lagi bernyawa dan sudah pun menjadi mayat, namun orang di sekeliling dan orang yang tersayang masih memelihara jenazah saya. Kain kafan diukur dengan teliti agar jenazah selesa, diletakkan wangi-wangian, diikat dengan kemas. *suarakusedikitsebak*

Pada masa yang sama, saya masih berasa sedih dan takut. Sedih kerana terpaksa pergi meninggalkan orang-orang yang disayangi. Takut kerana masih cukupkah amalan soleh saya sebagai bekalan di akhirat nanti untuk bertemu dengan Allah SWT.

Jika anda masih ada peluang, apakah yang akan anda lakukan?

Saya akan memohon maaf terutamanya kedua ibu-bapa saya, ampunkan salah silap saya serta memohon kemaafan dan bertaubat kepada Allah SWT.

*whenisat,icried*

Begitulah perasaan menjadi seorang jenazah.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur padamu kerana telah kau kurniakan kehidupan yang bagiku cukup istimewa, Ya Allah. Aku bersyukur padamu kerana masih diberi peluang kepadaku untuk terus menjadi hambamu di dunia ini. Ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku. Kami syukuri rahmatMu Ya Allah.

Alhamdulillah.
Subhanallah.
Allahuakbar.



#PricelessExperience

past
future

close