PUSH
What Matters Most



comments 0
25 November, 2012
Sing Lek Lek Thi Riak Wa...Rak (A Little Thing Called...Love)

Peace be upon you. Hehe.. Hari ini aku nak share sikit pasal this awesome romantic movie. Kalau dah tajuk tulis Thai, sah-sah ni cerita Siam, yo dok? >< First Love

      Plot dia macam ni :) Seorang gadis sekolah menengah dan aku rasa dia form 1 kot masa tu XD Bernama Nam. Nam telah crushkan seorang student Grade 10 which may be form 4. Bernama Shone/Chon. ;) Shone seorang yang mahir dalam bidang fotografi dan juga bolasepak. Nam sedaya upaya mengubah dirinya untuk menarik perhatian Shone. Dan akhirnya dia menjadi seorang yang cantik dan menawan + popular disebabkan dia terlibat dalam perarakan pancaragam sekolah sebagai 'drum major'. Namun, tanpa diketahui Nam, dia telah mencuri hati Shone. (wah!! my heart's speaking)
      Datangnya seorang watak yang bernama Top, merupakan rakan baik Shone sejak tadika. Top juga menyukai Nam. Pada suatu hari, Nam telah menjumpai satu surat dan surat itu daripada Shone. Shone hendak meluahkan perasaannya kepada Nam. Malangnya, scene romantic dan kemuncak itu telah dikecundangkan oleh kehadiran Top. Top telah meminta Nam untuk menjadi girlfriendnya di depan mata Shone (aww.. :'( ). Oleh kerana Shone tidak mahu mengecewakan rakannya, dia mengucapkan tahniah kepada Top.
      Pada suatu malam, Top dan Shone membuat 'birthday surprise' kepada rakan mereka. Mereka menari dan Top menceritakan bahawa ketika mereka berdua kecil, mereka telah jatuh cinta pada seorang budak perempuan yang sama. Mereka bertanding menari tetapi Top tidak mahu melukakan hati Shone, sejak itu mereka berjanji tidak akan menyukai perempuan yang sama. Lebih mengecewakan Shone, Top telah mencium pipi Nam pada malam itu. (hukhuk!)
      Sebelum Nam berangkat ke US, Shone telah meluahkan perasaannya dengan meletakkan buku notanya yang penuh dengan gambar dan kenangan Nam dan sepanjang tempoh Shone mencintai Nam. 9 tahun kemudian, Nam telah pulang ke Thailand sebagai seorang pereka fesyen terkenal dan Shone telah berhenti bermain bola sepak di Bangkok dan menjadi photographer professional.
      Nam dijemput ke program bual bicara di Bangkok dan telah diminta berkongsi tentang kisah cinta lampau. (URGh...) Pengacara program itu telah mengingatkan Nam tentang buku nota itu. Pengacara itu meminta pemilik buku itu keluar dan Nam terkejut dengan kehadiran Shone. Nam bertanya bahawa Shone sudah berpunya atau tidak. Shone teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Akhir sekali dia memberitahu bahawa dia menunggu kehadiran seseorang untuk pulang dari US which is Nam. (YEAH!!)

-TAMAT!!-
Baifern Pimchanok as Nam : Before
After

Mario Maurer as Shone


       

   
past
future

close